preload



(6/12/2010)

Brazil, melalui pemimpin nombor satu mereka Luiz Inacio Lula da Silva, mengiktiraf Palestin mengikut persempadanan pada tahun 1967.

Kenyataan disisarkan di dalam laman web menteri luar Brazil Jumaat lepas (3/12/2010).

Lula berkata,

"Considering that the demand presented by his excellency [Abbas] is just and consistent with the principles upheld by Brazil with regard to the Palestinian issue, Brazil, through this letter, recognises a Palestinian state on the 1967 borders," it said.


(klik imej untuk paparan lebih jelas)


Reaksi Israel

Menteri luar negara Israel pula menyatakan kemarahan di atas kenyataan di atas,

"The government of Israel expresses sadness and disappointment over the decision by the Brazilian president Luiz Inacio Lula da Silva a month before he steps down.

Recognition of a Palestinian state is a breach of the interim agreement which was signed between Israel and the Palestinian Authority in 1995 which said that the issue of the status of the West Bank and Gaza Strip would be discussed and resolved through negotiations"

Tindakan tersebut juga dikatakan bercanggah dengan "2003 Middle East roadmap for peace" yang menyatakan bahawa penubuhan negara Palestin hanya boleh dicapai melalui perbincangan dan bukan melalui tindakan unilateral (sebelah pihak) sahaja.

Tindakan unilateral hanya meruntuhkan usaha untuk membina kepercayaan Israel-palestin, katanya.

Persoalannya, adakah wujud kepercayaan dua pihak Palestin-Israel? Dan mungkinkah perbincangan seterusnya akan berhasil setelah perbincangan juga keputusan yang lalu sering kali dikhianati?

Wallahu a'alam.

Sumber: Al-Jazeera

Read More...

02/12/2010

"Assalamualaikum wahai saudara muslim saya,

Nama saya Nasma, umur baru sahaja 2 tahun.

Warga Palestin yang lahir di tengah-tengah kezaliman rejim zionis terhadap penduduk di sini.

Keluarga saya banyak menghadapi cabaran dan dugaan dalam meneruskan kehidupan. Wang, makanan, tempat tinggal dan macam-macam lagi."




"Tambahan pula saya tidak sihat. Saya disahkan menghidapi leukemia baru-baru ini.

Sekatan di tebing barat benar-benar membuntukan ibu dan ayah. Bagaimana caranya untuk saya hendak mendapatkan rawatan bagi menyembuhkan sakit yang saya alami.

Maklumlah, kelengkapan perubatan seperti hospital, klinik dan ubat-ubatan amat sukar diperolehi di sini.

Tidak dapat tidak, kami terpaksa ke hospital di Israel, tanah haram yang diduduki Yahudi laknatullah.

Dengarnya, akibat tekanan antarabangsa, Israel telah mengeluarkan kenyataan pada bulan Jun bahawa mereka akan melonggarkan sekatan yang dikenakan ke atas Tebing Barat
dan permit keluar akan dikeluarkan untuk penduduk Tebing Barat yang memerlukan rawatan di hospital.

Janji Yahudi, tak mungkin kami percayai. Tetapi ahli keluarga kami tetap berharap dan berserah kepada-Nya. Berharap sekatan tersebut akan dilonggarkan supaya saya nantinya dapat disembuhkan.

Berharap dan berdoa selalu.

Mungkin satu hari nanti, akan ada saudara kami yang datang menyelamatkan kami."


Fakta:

Nasma meniggal dunia 4 bulan kemudian pada 16 Oktober, selepas pihak berkuasa Israel 'gagal' memberikan permit yan diperlukannya untuk keluar dari Tebing Barat.

Sekali lagi 'janji' mereka tidak dikotakan.

Kerana sekatan yang telah di 'longgarkan' inilah, banyak jiwa seperti Nasma telah terkorban.
Mereka terperangkap, tiada bekalan air bersih dan elektrik yang mencukupi.

Siapa lagi kalau bukan kita yang mengambil peduli..

p/s-bacaan lanjut di sini

Read More...